+012 369 0610

WhatsApps

Hub Perkongsian Projek-projek DIY

Saturday, 13 January 2018

DIY - CARA PASANG DOOR GHOST LIGHT

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua Kaki DIY.

Entry kali ni, Abg D nk share pasal "Car Door Welcoming Ghost Light" atau dalam bahasa saintifiknya Lampu Hantu Penyambut di Pintu. Hahaha,,gurau ja. 
Ghost Light ni adalah satu aksesori tambahan untuk membuatkan kereta kita jadi lebih menarik dan unik. Benda ni macam satu mini projektor yg kita pasang di pintu kereta. Bila buka pintu kereta, logo yg diletakkan dalam projektor tu akan memancar ke jalan/lantai so nampak Wow.. Awesome. Hehehe...

Terdapat 2 jenis Ghost Light ni. Satu yang jenis "Plug and Play" dan satu lagi jenis yg perlu pasang di dalam door trim.


Ada yang rekomen untuk Abg D gunakan jenis yang "Plug & Play" tapi bagi Abg D ada beberapa faktor yang Abg D xsuka dengan model "Plug & Play" ni.

1) Mencacatkan panel pintu dengan benda tambahan yang jelas nampak
2) Menggunakan bateri yang perlu diganti-ganti
3) Tiada kekemasan

Jadi memandangkan Abg D jenis hands on & tak suka faktor-faktor di atas, Abg D pilih model yang perlu di pasang dalam door trim walaupun banyak kerja tapi bagi Abg D kelebihannya;

1) Lebih kemas, projector di dalam door trim & takkan nampak bila pintu dibuka.
2) Power source cuma tap dari lampu pintu. Tak perlu nak tukar2 bateri.


Barang ni Abg D beli melalui on-line. Web site apa dah tak ingat. Korang google sendiri lah. Dalam satu set tu ada 2 projector & satu drill bit utk tebuk lubang. Saiz ngam-ngam dengan projektor. Logo bergantung pada pilihan dan selera masing-masing. Abg D guna Honda so Abg D pilih Logo Honda.

Ok, kat sini Abg D akan kongsi cara-cara untuk pasang bendalah ni.


STEP 1 : Buka Door Trim


Mula-mula sekali kenalpasti kedudukan skru-skru dan buka. Kemudian di bahagian tepi door trim ada lock pin, itu semua mesti di buka. Kemudian buka kabel door handle (ini agak tricky)dan soket wayar lampu pintu. Bila semua skru, lock pin, soket dan kabel dah dibuka, angkat door trim ke atas dan keluarkan, letak tepi.

Di bahagian dalam, buka apa-apa bahagian yang akan menganggu proses untuk tebuk lubang nanti.

STEP 2 : TEBUK LUBANG


Tentukan kedudukan lubang dan tebuk menggunakan bit yang dibekalkan.

STEP 3 : PASANG PROJECKTOR


Buka nut dari projektor dan masukkan projektor dari luar bermula dari wayar. Kemudian kunci projektor dengan nut tadi.

Nampak kan kekemasan dan kedudukan projektor tu. Memang takkan nampak bila door trim dah di pasang balik nanti. 

STEP 4 : WIRING

Untuk step ni terlupa pulak nak ambik gambar tapi wiringnya memang mudah. Cuma ada 2 wayar, hanya perlu kenalpasti yang mana satu life/positive dan earth/negative. Lebih mudah kalau ada test light.

Potong sikit pembalut wayar sampai nampak tembaga didalam dan sambungkan wayar dari projektor ke wayar lampu pintu ikut pole yang betul. Secara ringkasnya, kita buat loop wiring dari lampu yang sedia ada kt pintu tu.

Kemudian balut sambungan tu menggunakan wire tape.

Test ON/OFF pada suis lampu pintu. (kedudukan suis lampu pintu pada frame) Ini untuk pastikan lampu tersebut menyala bila pintu dibuka dan terpadam bila lampu di tutup.

STEP 5 : PASANG SEMULA DOOR TRIM

Lepas semua selesai dan berpuas hati, pasang semula door trim. Proses cuma terbalik dengan proses buka tadi. Jangan sampai ada skru yang hilang sudah.

STEP 6 : NIKMATI HASIL KERJA ANDA


Wallahhh... Siap sudah. Nampak cool kan. Bleh la cakap kat member, "Ko Hado?"... Hehehehe...

Kalau ada yang guna kereta Honda & berminat dengan benda ni, bleh PM/Whatsapp/Telegram Abg D di 012 369 0610. Ada extra set Abg D simpan. Memang beli lebih.

Friday, 12 January 2018

DIY - TUKAR SUIS LAMPU TANGGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu lagi dalam entry yang baru. Projek yang Abg D nak kongsikan kali ni adalah cara-cara untuk menukar suis lampu tangga pulak.

Rumah Abg D dah agak berusia jadi suis yang digunakan pun jenis yang lama. Casing dalam pun dah reput jadi tempat untuk skru tu pun dah patah. End-up suis tu ternganga je. Selain buruk mata memandang, benda ni jugak boleh mengundang bahaya. Siapa yang tau kan, jadi litar pintas ke apa ke, so sebelum benda yang tak diingini terjadi, baik kita ambik langkah berjaga2.



So, apa yang korang perlukan untuk menukar suis lampu tangga ni ataupun mana-mana suis atau yang melibatkan elektrik. Dalam kes ni, Abg D perlukan;
- Test pen - untuk check arus hidup.
- Impact drill - untuk buat lubang skru baru kat dinding. Casing lama dah reput & pecah.
- Wall plug
- Suis baru - ini bergantung, kalau korang punya masih ok, guna balik je. Abg D punya dah buruk so ganti baru. Suis ni jenis 1gang 2way
- Last but not least, keberanian.


Ok, first step, dalam kes ni kontraktor yang pasang ni dulu gunakan wayar yg sama kod warna, jadi kena pastikan mana satu wayar hidup dengan menggunakan test pen. Hati-hati, jangan sampai kena short eletrik ataupun wayar bersentuhan.


Lampu tangga yang boleh dibuka/tutup sama ada dari atas atau bawah biasanya menggunakan jenis 2 WAYS 1 GANG. Maksud 1 Gang, ia ada 1 suis ja. Kalau 2 suis 2 gang la and so on. 2 way pulak maksudnya suis tu boleh guna 2 arah. Maknanya kena ada 2 unit la. Biasa untuk tangga rumah 2 tingkat akan ada satu kat bawah & satu kat atas. So tekan mana-mana pun boleh ON atau OFF lampu. Biasanya 1 gang menggunakan 3 wayar(Suis biasa 1 gang 2 wayar ja).Jadi kena pastikan mana wayar yang ke mana.


Proses seterusnya, cabut suis tu dari wayar. PERHATIAN !!! PASTIKAN SUIS UTAMA DAH DIMATIKAN.


Kalau perasan, yg hitam dalam gambar atas tu adalah casing yang dah reput dan pecah. Mounting untuk skru dah patah. Jadi Abg D drill lubang kat dinding tu dan masukkan wall-plug.

Proses seterusnya adalah pasang balik suis tapi bila Abg D pasang, suis tu agak kecik dan nampak lubang-lubang di sekeliling suis tu jadi Abg D terpaksa buat satu plate untuk cover lubang tu.


Abg D gunakan plywood 3mm ja untuk plate tu. Guna benda yang ada. Untuk nampak lebih kemas dan menarik, Abg D cat plate tu. Kenapa ada 2 set. Sebab satu untuk bawah dan satu untuk atas.


Last sekali, pasang balik suis tu, hidupkan suis utama dan test. Disebabkan lubang baru tu dalam so Abg D gunakan skru baru yang lebih panjang.


Nikmati hasil kerja tangan sendiri dengan penuh kepuasan.


Di harap entry projek ni dapat membantu sesiapa yang menghadapi masalah yang seakan-akan sama macam ni.

Thursday, 11 January 2018

DIY - MODERN WALL DECO FRAME

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Post kali ni Abg D nak kongsi pasal projek kecik je. Ini pun satu dari antara projek lama gak. Projek geli-geli orang kata. Daripada biar sesuatu barang extra tu terbiar ja, Abg D recycle balik jadikan something yang berguna.

Projek kali ni memang simple so Abg D nak post pun dengan cara simple lah. Tak payah nak cerita-cerita panjang.

Abg D buat frame ni atau apa saja yang korang panggil menggunakan lebihan kayu yang ada dan di balut dengan lebihan kain yang wife Abg D buat sarung bantal.


Caranya cukup mudah. Buat frame dengan kayu. Ukuran tu bergantunglah, ikut suka tapi Abg D ikut saiz kain yang tinggal. Lepas tu cuma perlu balutkan kain tu kat frame tadi dan staplerkan. Tapi make sure kain tu ditarik betul-betul cekang, baru nampak kemas & tak berkedut.

Wallah... siap dan gantungkan kat dinding ikut susunan yang korang suka. Kalau nak beli kat kedai ni mau beratus jugak habis.

 Kalau korang ada lebihan kain yang rasa menarik untuk dijadikan hiasan dinding tu, boleh la try buat macam ni daripada dibiarkan kain tu menyemak je tak terguna. 

Oklah, setakat ni dulu entry kali ni. Lain kali Abg D kongsi projek DIY lain pulak

DIY - TABLE SAW

Assalamualaikum & salam sejahtera untuk semua Kaki DIY.

Throw back projek lama lagi. Projek kali ni kesinambungan selepas projek awning dan disebabkan projek ni jugalah awning tu dibuat. Sekarang working area dah ada walaupun tak seberapa tapi tak kisahlah asalkan ada tempat untuk bekerja. Perkara seterusnya adalah mesin/equipment/tools.


Ada beberapa projek yang nak dibuat & perlukan table saw. Nak beli ready made table saw mahal, so option murah buat sendiri. Dalam entry kali ni Abg D nak share macam mana Abg D buat table saw yang ringkas.

Untuk projek ni, apa yang Abg D gunakan;

- Circular Saw 
- Kayu 2.5in x 1.5" untuk structure
- Chip board/table top dari meja pejabat lama.
- Mesin drill
- Pembaris/pita ukur
- skru
- dan beberapa bahan kecik lain


 Circular Saw jenis BOSCH. Satu brand yang memang diyakini kualitinya. Harga dalam RM4XX. Dah lupa harga tepat.

Mula-mula nk kena set up structure dulu. Untuk part structure ni, menentukan ketinggian meja tu penting untuk memudahkan kita nak buat kerja nanti. Saiz pun bergantung pada keperluan. Saiz table top yg Abg D gunakan lebih kurang 2-1/4kaki x 4kaki.

 Gambar kurang clear sbb buat keja waktu malam.



Inilah rupanya sebelum dimasukkan circular saw. Nampak macam meja biasa ja tapi ni bukan end produk sebab masih ada structure yang perlu ditambah untuk mengukuhkan meja ni. 

Terlupa pulak nak ambik gambar macam mana attach mesin tu tapi lebih kurang gambar kat atas ni. Tapi pastikan kedudukan mesin tu selari dengan sisi meja. Kalau tak nanti bila potong kayu akan senget. Skru terus mesin ke table top.Lepas tu potong sampai tembus semaksimum boleh.
Bila ada table saw ni, nak buat slot untuk tanggam jadi lebih mudah & cepat.

Tapi menggunakan mesin ni safety kena jaga. Habuk memang banyak so mesti pakai goggle dan facemask. Yang paling penting jaga tangan sebab kita deal dengan mesin bergigi yang berputar dengan kelajuan tinggi.


Tapi mesin ni masih belum betul-betul complete. Masih banyak upgrading diperlukan kalau nak buat projek-projek yang lebih besar. Buat sementara waktu, ini dah cukup untuk aku siapkan beberapa projek.




Join Our Newsletter