Salam perkenalan. Kalau korang dah sampai ke blog ini bermakna korang
adalah kaki DIY ataupun peminat DIY ataupun rakan DIYers ataupun tersilap masuk
blog. Apa-apa pun selamat datang.
Mudah saya kenalkan diri sebagai Abang D. Sedikit cerita tentang Abg D sebelum Abg D berkongsi projek-projek Abg D. Abg D memang suka DIY. Minat dan kemahiran
dalam bidang kerja tangan tapi sekadar hobi. Mungkin sudah mengalir dalam darah, warisan dari datuk.(Setakat yang tahu).
Datuk Abg D tukang rumah, bapak sedara pun tukang rumah, pakcik mekanik. Jadi sampai ke bapak, adik dan Abg D pun ada kemahiran dalam kerja tangan.
Projek paling besar Abg D setakat
ini adalah renovate rumah di kampong. Tambah depan dan belakang semuanya dibuat
oleh bapak Abg D, adik dan Abg D sendiri. Hanya kami 3 beranak walaupun mengambil masa
yang agak panjang untuk siap, tetapi hasilnya memang memberikan kepuasan
maksima.
Okeh, sekarang dah duduk di rumah
sendiri. Banyak projek dalam kepala tetapi mesti ada titik permulaan, mesti ada
equipment, bahan dan tempat kerja barulah seronok nak berDIY. Belakang rumah masih ada kawasan yang luas. Cukup untuk dijadikan working area tapi
masalahnya tak berbumbung. Jadi susah bila hujan, panas atau nak bekerja waktu malam. So,
dipendekkan cerita,bermulalah projek pasang awning. Jadi,untuk permulaan, Abg D nak share proses macam mana Abg D pasang awning ataupun bumbung.
Besi-besi ni Abg D dapat free dari jiran. Asalnya besi dari structure bumbung porch dia. Dia extend depan rumah dia
dan dah tak nak besi-besi ni. Saiz asal agak besar,yg siap berwelding, so Abg D dismantle & potong satu-satu guna grinder.L Angle tu Abg D beli, RM25/10kaki. Saiz 1
inci.
Ini la kawasan belakang rumah. Lebih kurang 14kaki dari dinding ke dinding. Cukup luas tapi terbuka. Nampak bersepah kan. Haha...
Nampak tak besi dah melintang. Itu main structure. Disebabkan besi yang
ada limited, Abg D buat sebatang-sebatang ja. Selalunya orang akan weld besi support
kat bawah tapi Abg D rasa tak perlu sebab saiz besi tu dah cukup untuk tampung
berat atap. Lagipun, Abg D xde gunakan welding langsung. Semuanya join by skru.(Tak weld sebab xde welding sebenarnya).
Atap ni panjangnya 10kaki. Harga RM3 sekaki so sekeping RM 30. Untuk
cover semua kawasan, 9 keping diperlukan.
Wallah... Dah siap. Tiba-tiba je terus siap kan. Terlupa nak ambik
gambar waktu proses pasang atap & proses-proses kecik lain. Proses pasang atap semua buat sendiri ja dengan bantuan wife sikit-sikit. Dua orang ja. Guna skru yg jenis self-drill. Tebuk lubang guna mesin
drill dan skrukan masuk je skru tu.
At last bila hujan masalah timbul. Tersilap ukuran waktu beli atap tu. Hujung atap tu ngam-ngam dengan dinding belakang.Bila hujan
air jatuh atas tembok tu dan tempias ke dalam. Sepatutnya kena lebih sekurang-kurangnya 1 kaki. End up terpaksa beli
sekeping lagi, potong pendek-pendek dan jadikan tambahan kat hujung. Anyway Abg D berpuas hati dengan result awning ni. Sekarang waktu hujan ke malam ke dah boleh buat kerja.Lepas basuh baju pun boleh sidai kt bawah bumbung ni. Tak risau nak kalut-kalut angkat kalau hujan.
Sekian untuk projek pertama yang tak seberapa ni. Nanti kita share projek lain pulak.
Sekian untuk projek pertama yang tak seberapa ni. Nanti kita share projek lain pulak.
Salam Abg D, saya nk minta jasa baik Abg D utk buat awning rumah sewa saya dgn kadaran upah yg bpatutan. Tak mampu nk bayar kontraktor. Owner pula tak mahu bayar utk buat awning.
ReplyDeleteHarrah's Resort Atlantic City - MapYRO
ReplyDeleteFind your perfect stay at Harrah's Resort Atlantic 남양주 출장안마 City, 창원 출장마사지 NJ 통영 출장샵 with a stay at Hotel Hyatt 진주 출장안마 Regency in Atlantic City. View detailed floor 남원 출장안마 plans, amenities,