Throw back projek lama lagi. Projek kali ni kesinambungan selepas projek awning dan disebabkan projek ni jugalah awning tu dibuat. Sekarang working area dah ada walaupun tak seberapa tapi tak kisahlah asalkan ada tempat untuk bekerja. Perkara seterusnya adalah mesin/equipment/tools.
Ada beberapa projek yang nak dibuat & perlukan table saw. Nak beli ready made table saw mahal, so option murah buat sendiri. Dalam entry kali ni Abg D nak share macam mana Abg D buat table saw yang ringkas.
Untuk projek ni, apa yang Abg D gunakan;
- Circular Saw
- Kayu 2.5in x 1.5" untuk structure
- Chip board/table top dari meja pejabat lama.
- Mesin drill
- Pembaris/pita ukur
- skru
- dan beberapa bahan kecik lain
Circular Saw jenis BOSCH. Satu brand yang memang diyakini kualitinya. Harga dalam RM4XX. Dah lupa harga tepat.
Mula-mula nk kena set up structure dulu. Untuk part structure ni, menentukan ketinggian meja tu penting untuk memudahkan kita nak buat kerja nanti. Saiz pun bergantung pada keperluan. Saiz table top yg Abg D gunakan lebih kurang 2-1/4kaki x 4kaki.
Gambar kurang clear sbb buat keja waktu malam.
Inilah rupanya sebelum dimasukkan circular saw. Nampak macam meja biasa ja tapi ni bukan end produk sebab masih ada structure yang perlu ditambah untuk mengukuhkan meja ni.
Terlupa pulak nak ambik gambar macam mana attach mesin tu tapi lebih kurang gambar kat atas ni. Tapi pastikan kedudukan mesin tu selari dengan sisi meja. Kalau tak nanti bila potong kayu akan senget. Skru terus mesin ke table top.Lepas tu potong sampai tembus semaksimum boleh.
Bila ada table saw ni, nak buat slot untuk tanggam jadi lebih mudah & cepat.
Tapi menggunakan mesin ni safety kena jaga. Habuk memang banyak so mesti pakai goggle dan facemask. Yang paling penting jaga tangan sebab kita deal dengan mesin bergigi yang berputar dengan kelajuan tinggi.
Tapi mesin ni masih belum betul-betul complete. Masih banyak upgrading diperlukan kalau nak buat projek-projek yang lebih besar. Buat sementara waktu, ini dah cukup untuk aku siapkan beberapa projek.
No comments:
Write comments